Pada suatu pagi sewaktu hampir subuh, saya bangun dengan badan tersangat lemah. Kepala rasa berpusing-pusing. Mahu melangkah setapak pun tidak larat, lalu saya memanggil Zainal. Malangnya suara tidak keluar. Zainal yang sudah terjaga lebih awal ke dapur membuat segelas air glucose untuk saya.
Monday, September 3, 2007
Di Ambang Maut - Bahagian 3
Friday, August 31, 2007
Di Ambang Maut - Bahagian 2
Anda pernah dengar lagu ‘Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara’? Ia dinyanyikan kumpulan nasyid Raihan. Liriknya yang cukup bererti berbunyi begini…
- Ingat 5 perkara
- Sebelum 5 perkara
- Sihat sebelum sakit
- Muda sebelum tua
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sempit
- Hidup sebelum mati!
Ketika menjalani rawtan PTCA di bilik OT, Hospital Pantai, saya di bius. Sedar-sedar saja saya sudah berada di wad CCU. Ketika itu hari sudah malam dan yang kelihatan semasa saya membuka mata ialah wajah-wajah Zainal dan emak.
Walaupun ketika itu tubuh masih lemah, saya mampu tersenyum kepada dua insan yang sangat saya kasihi itu. Mujurlah masih hidup. Ingatkan apabila keluar dari bilik OT, saya sudah menjadi mayat!
Alangkah sedihnya andainya saya betul-betul meninggal dunia hari itu. Amal ibadah saya belum cukup. Dosa masih berlambak. Mengenang itu semua hati pilu sekali. Syukurlah pintu taubat masih terbuka. Allah masih beri peluang saya hidup di dunia yang indah ini.
Malam itu saya tidak dibenar bangun dari katil. Sebaliknya kena berbaring selama 6 jam. Kata jururawat bertugas, saya kena lie down flat, jika tidak, darah akan memancut keluar daripada celah kelengkang saya yang di tebuk. Maka terbaringlah saya sepanjang malam di wad yang teramat dingin itu.
Di sekeliling wad kelihatan pesakit-pesakit lain yang senasib.
Yang tidak boleh tidur itu siapa lagi kalau bukan saya. Puas
Apabila jururawat datang mengambil suhu badan, saya bertanya perihal lelaki itu. Rupa-rupanya dia sedang koma kerana darah membeku di otaknya akibat kemalangan jalan raya. Kasihan sungguh. Kelihatan dia masih muda, dalam usia awal 20an. Khabarnya dia mat rempit yang kaki race.
Di wad CCU, para pelawat dibenar masuk dua orang bagi setiap pesakit. Kira-kira jam
Kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mendengar kecoh ratapan mereka berdua, jururawat datang menegur dan meminta mereka perlahankan suara. Walaupun terganggu, saya terleka melihat ‘drama’ di depan mata. Macam menonton teater pula.
Di kiri lelaki
Bunyinya seperti orang sedang beratip di kuil Buddha. Melodi sedih itu datang dari sekeping tape yang dimainkan anak lelaki tua itu berulang kali di cassette player. Berdengung-dengung bunyinya, menambah sulitkan mata saya hendak lelap. Apabila jururawat datang mengambil bacaan tekanan darah, saya bertanya lagi mengapa lagu sedih itu dimainkan sepanjang malam.
Rupa-rupanya lelaki tua itu sedang tenat dan menunggu masa ajalnya tiba. Saya terkejut bercampur takut. Tengkuk terasa seram sejuk. Saya minta jururawat rentangkan tirai supaya lelaki itu terhadang daripada pandangan. Apa-apa hal terjadi kepadanya malam itu biarlah saya tidak nampak. Tidak sanggup saya mahu saksikan saat nyawa lelaki itu melayang, dicabut Malaikat Maut…
Anda pernah berbaring terus-menerus selama 6 jam? Huh, jika pernah tentu anda faham betapa lengohnya badan saya. Punyalah boring… Mengiring ke kiri rasa tidak kena, mengiring ke kanan tidak selesa. Pinggang sakit, dengan tiub air kencing terpasang, sengsara sungguh.
Saya terasa mahu menangis tapi apakan daya, terpaksa bersabar. Dr. Eugene datang memeriksa saya jam
“Ameng OOOO! Menggggg!!! AmenggggGGGG!!!”
Sekuat-kuat hati yang empunya suara itu melolong. Saya
“Asoh, jangan nangis. Ameng balik rumah. Dia penat, dia balik tidur. Sekejap nanti dia datang baliklah.”
Tapi wanita itu tidak makan dipujuk, macam budak kecil yang tidak reti bahasa. Dia terus meraung macam orang kena celur dalam air panas. Sambil melalak dia memangil-manggil nama Ameng. Sampai serak-serak suara dia menjerit. Pusang betul hati saya dibuatnya. Terasa mahu tekup mulut dia dengan bantal. Tapi apakan daya, saya tidak boleh bangun. Saya tahankan telinga saja sambil berdoa cepatlah Ameng sampai.
Dalam setengah jam kemudian datanglah Ameng yang namanya diseru-seru ibunya. Sebaik saja nampak Ameng, nyonya itu berhenti menangis. Barulah aman suasana di wad CCU itu. Saya terasa mahu beri Ameng duit upah sebab berjaya memujuk ibunya berhenti menangis.
Saya
Ketika orang lain diulit mimpi, mereka bertungkus-lumus bekerja. Sedikit pun tidak menunjuk rasa jijik, loya atau bersikap bengkeng ketika membersihkan muntah dan darah, mengelap badan pesakit, menukarkan pakaian dan entah apa-apa lagi. Malam itu saya mengalami sendiri layanan baik para jururawat di wad CCU.
Saya terasa malu pada diri sendiri. Dengan jujur, kalau saya di tempat mereka memang saya tidak sanggup lakukan kerja-kerja itu walaupun di bayar gaji tinggi. Terhidu najis kucing sudah mual. Belum lagi mencuci dan membersihkan segala kotoran manusia. Tetapi para jururawat itu tenang melaksanakan tugasan mereka.
Kalau tiada orang-orang berhati mulia lagi sabar seperti mereka, siapakah yang akan menjaga kami yang terlantar sakit dan perlukan layanan? Malam itu pandangan saya berubah sama sekali terhadap tugas para jururawat. Saya amat berterima kasih, malah sangat menghargai kerjaya mereka.
Saya berdoa semoga penat lelah dan budi baik para jururawat yang melayan pesakit dengan ikhlas mendapat ganjaran serupa dalam kehidupan masing-masing. Saya bertekad apabila keluar dari hospital dan sembuh semula, akan mengirim kad ucapan terima kasih kepada para jururawat yang bertugas di wad CCU itu. Hutang emas boleh di bayar, hutang budi dibawa mati.
Malam itu memang susah benar saya mahu lelapkan mata. Fikiran melayang jauh mengenang nasib diri. Mengapa jadi begini? Mengapa secara tiba-tiba saya diserang sakit jantung? Saya
Bukan sekali dua saya terlelap dalam kereta di perjalanan balik ke pejabat selepas keluar lunch dengan Zainal. Saya tidur sampai tersenggut-senggut. Selepas makan malam pun saya begitu, cepat hendak tidur. Kata Zainal, saya mahu jadi ular. Ular bukankah suka tidur berlengkar apabila kenyang!
Saya juga teringat tangan kiri yang lengoh-lengoh tanpa sebab. Ubat sakit urat yang saya ambil di klinik swasta sudah habis dimakan namun tidak berkesan. Rasa lengoh-lengoh itu datang berulang-ulang. Mungkin itulah tanda-tanda sakit jantung yang tidak langsung saya endahkan sebelum itu.
Selang beberapa hari terlantar di hospital, saya dibenar pulang. Doktor berpesan supaya saya berehat 6 minggu. Itulah pertama kali sejak sekian lama bekerja saya mengambil cuti panjang untuk berehat. Namun begitu, belum pun sampai 2 minggu di rumah, saya sudah terasa bosan.
Kekok rasanya tidak bekerja berhari-hari. Saya ambil keputusan untuk pendekkan cuti rehat. Puas Zainal nasihati saya tapi ‘perempuan ini’ memang degil. Malah tersangat degil. Saya berkeras juga untuk ke pejabat. Seperti dijangka, kerja di
Waktu itu jawatan saya sebagai Pengarah Urusan dan banyak keputusan tertangguh apabila saya bercuti. Balik ke pejabat saya terus bekerja, mula-mula datang setengah hari, selepas itu balik lewat petang. Apabila bekerja saya seperti terlupakan diri. Seolah-olah
Bersambung...
Thursday, August 30, 2007
Di Ambang Maut - Bahagian 1
Saya pernah berada di ambang maut. Ketika itu barulah sedar betapa tidak bermaknanya hidup ini jika kesihatan tidak lagi stabil. Kata orang, pengalaman sendiri adalah guru sebenar. Bagi anda yang belum pernah mengalami serangan jantung, ikuti pengalaman pahit saya berada di ambang maut…
Peristiwa berlaku tahun 2001 semasa berusia 41 tahun. Saya sedang mandi ketika dada tiba-tiba terasa sakit teramat sangat. Entah dari mana datangnya sakit itu saya tidak tahu tetapi ia terlalu menyesak hingga saya tidak dapat berdiri tegak. Dari dada, sakit itu menular ke leher dan rahang.
Saya membongkok sambil menekan dada, menahan sakit yang mencerut. Perlahan-lahan saya mencangkung, kemudian terduduk di lantai bilik air. Kepala terasa berpusing-pusing. Saat itu terasa seakan mahu muntah. Peluh sejuk merecik di dahi dan seluruh badan.
Saya beristigfar berkali-kali. Tiba-tiba terfikir soal mati. Apakah ajal sudah sampai ke penghujung? Saya ingin menjerit minta pertolongan tapi rasa tidak bermaya. Selang beberapa saat, rasa sakit yang datang macam ribut itu reda dan beransur hilang. Saya pelik. Datangnya mendadak, perginya pun mendadak.
Dalam kebinggungan, saya menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembus semula perlahan-lahan. Setelah dapat bertenang, saya berusaha bangun dan perlahan-lahan berjaya keluar dari bilik air. Zainal yang ketika itu sedang bersiap hendak ke tempat kerja terkejut melihat saya lemah dan pucat lesi. Sambil dia tolong memapah, saya ceritakan apa yang berlaku.
Menurut Zainal semua yang saya lalui itu tanda-tanda serangan jantung. Mulanya saya tidak percaya. Saya kena serangan jantung??? Saya bukan gemok gedempul, tidak hisap rokok, belum menopaus, jadi mana mungkin? Tapi apabila Zainal kata, sejak semalaman saya mengadu sakit dada dan mengejutkan dia bangun lebih 7 ke 8 kali, saya terdiam.
“Abang bangun malam tadi, urut belakang Ela, sapu Yoko-yoko entah berapa kali,” kata Zainal.
“Tapi tak mungkin saya sakit jantung. Tak masuk akal,” kata saya.
“Ela suka makan sotong, udang besar, telur asin, daging tetel masak asam pedas. Semua tu banyak kolesterol,” jawab Zainal.
Dia memujuk saya supaya bersiap untuk buat pemeriksaan di Hospital Pantai yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Sambil pakai baju, fikiran saya bercelaru. Betulkah apa yang baru saya alami itu tanda-tanda sakit jantung?
Di Hospital Pantai kami berjumpa pakar jantung bernama Dr. Eugene. Menurut doktor itu, serangan jantung tidak mengenal usia atau jantina. Malah katanya, dia baru lakukan open heart surgery ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun beberapa hari sebelum itu. Berdiri bulu roma saya. Sakit jantung bukankah pembunuh nombor satu? Macam mana saya boleh tersenarai sebagai salah seorang calon-calonnya?
“Simpang malaikat 44,” bisik hati saya.
Apa-apa pun biarlah doktor periksa saya dulu, mungkin penyakit lain yang tidak seteruk itu, doa saya dalam hati. Dr. Eugene mengukur tekanan darah saya dan denyutan nadi. Dia meletak stetoskop ke dada dan bahagian belakang saya untuk mendengar degupan jantung dan paru-paru.
“I will do two ECG tests on you. Yang pertama, ketika awak dalam keadaan tenang. Yang kedua, ketika awak berada di mesin treadmill. Ini ujian rutin.”
Saya difahamkan melaui ujian ECG itu degup jantung akan ditukar menjadi isyarat lektrik. Aktiviti jantung akan membentuk corak kelok dan ditunjukkan di skrin monitor. Dr. Eugene akan terjemahkan isyarat kelok itu dan melaluinya akan tahu tahap jantung saya. Sama ada degupan jantung laju atau lemah, atau ritmanya tidak sekata.
Corak kelok juga memberi petunjuk jika ada gangguan bekalan darah ke jantung. Dr. Eugene memberi arahan kepada pembantunya bernama Eton. Saya mengikut wanita Melayu berbadan besar itu ke bilik sebelah.
“Jangan risau, Puan. Buat ECG test ni tak sakit. Puan buka tudung, buka baju kurung ni, buka baju dalam. Tinggalkan kain sahaja. Lepas tu pakai baju comel ni!”
Eton yang berwajah ceria menghulur belaus berbelah di depan kepada saya. Baju itu bercorak petak-petak kecil, warnanya merah jambu. Ketika memakai belaus berlengan pendek itu, saya dapati ia tidak berbutang. Saya mengepit bahagian depan baju itu dengan tangan.
“Puan jangan malu. Relaks saja. Biar saya pasangkan wayar-wayar ni.”
Saya ikut arahan Eton dan berbaring di pangkin tersedia di bilik itu sambil pejam mata. Rasa tidak selesa Eton melihat bahagian tubuh saya yang terdedah. Pembantu klinik itu cekap bekerja. Dia meletak beberapa ceper keluli yang di dalamnya terdapat elektrod, pada kedua-dua buku lali dan pergelangan tangan saya. Ceper-ceper selebihnya diletakkan di beberapa tempat di bahagian dada.
Sejurus kemudian Dr. Eugene tiba. Setelah memastikan wayar-wayar dipasang Eton betul kedudukannya, dia menghidupkan suis mesin ECG dan mesin pencatat. Saya diarah bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit, Dr. Eugene mencapai kertas mesin pencatat dan menelitinya. Seterusnya dia mengarahkan saya bangkit untuk menjalani ujian stres di mesin treadmill.
Belum pun sampai dua minit berjalan laju di mesin itu saya tercungap-cungap. Kepala terasa berpusing ligat. Saya gelap mata dan ketika hampir rebah, Dr. Eugene berhentikan ujian itu. Eton memapah saya ke pangkin. Penafasan saya yang tidak lancar dibantu dengan menyelit tiub oksigen ke lubang hidung. Dalam bilik berhawa dingin itu, badan saya kuyup dibasahi peluh sendiri…
Dr. Eugene kemudian lakukan imbasan jantung. Krim seperti jeli di sapu di dada saya dan dia meletak transducer di beberapa tempat di bahagian jantung. Dr. Eugene menunjuk kepada gambar di skrin sambil beri penerangan kepada Zainal. Saat itu saya sudah pasti ada yang tidak kena. Sesak nafas yang saya alami amat serupa dengan yang saya lalui di bilik air pagi itu.
Saya benar-benar gementar. Suara Dr. Eugene kedengaran tenggelam timbul, tidak mampu saya dengar biji butirnya dek hati gelisah. Perasaan saya bercampur-baur antara terkejut, sedih dan takut yang teramat sangat. Sekali lagi saya terfikir soal mati.
“Astaghfirullahiladzim! Astaghfirullahiladzim! Ya Allah, kenapa aku sampai begini?”
Eton menanggal ceper-ceper keluli yang melekat di tubuh saya. Dia menepuk-nepuk bahu saya. Setelah keadaan kembali tenang, saya membuka mata dan bangun menukar pakaian dan ke bilik Dr. Eugene. Saya benar-benar takut, namun bersedia mendengar keputusan penuh ujian jantung saya.
“Sakit dada yang awak rasa itu dipanggil angina,” kata Dr. Eugene.
“Ia satu amaran dan tanda serangan jantung. Kemungkinan besar ada pembuluh darah dalam jantung awak tersumbat menyebabkan gangguan bekalan darah ke jantung.”
Lutut saya menggeletar. Jari-jemari saya yang digenggam Zainal sejuk bagaikan ais.
“Saya belum tahu berapa pembuluh darah awak yang tersumbat. Untuk pastikannya, saya akan lakukan angiogram. Satu pembedahan kecil akan dibuat di tepi kelengkang kaki kiri awak. Melalui pembuluh darah di kaki awak itu, saya akan masukkan caterer. Ia akan dihalakan ke jantung awak. Pewarna khas akan disuntik untuk mengesan pembuluh darah yang tersumbat. Awak akan dibius separuh badan dan boleh melihat proses ini dijalankan di skrin tv,” Dr. Eugene beri penerangan.
“Perbelanjaan untuk angiogram lebih kurang RM3,000. Sila uruskan bayaran di kaunter pendaftaran, kemudian awak masuk wad. Awak perlu segera buat rawatan. Jangan tangguh, nanti bahaya. Saya akan lakukan angiogram itu jam 1:00 tenghari. Selepas buat angiogram nanti, saya akan beri lapuran selanjutnya.”
Zainal memimpin saya keluar dari bilik Dr. Eugene. Di ruang menunggu, kami duduk sebentar di bangku.
“Jangan fikir yang bukan-bukan. Kita ikhtiar dan berserah kepada Allah,” pujuk Zainal.
“Abang nak pergi urus bayaran dulu. Ela tunggu di sini. Jangan risau sangat,” dia memberi semangat.
Selesai urusan bayaran, Zainal datang semula ke klinik Dr. Eugene dan kami mengikut petugas hospital ke wad 412. Di wad, saya menyarung pakaian hospital, tanggalkan jam, rantai tangan dan cincin. Sejurus kemudian petugas hospital masuk memberitahu masa untuk membuat angiogram sudah tiba dan saya disorong ke bilik pembedahan.
Proses angiogram itu memakan masa lebih kurang sejam setengah. Selesai ujian angiogram, saya dibawa semula ke wad 412. Tanpa berlengah, Dr. Eugene menerangkan keadaan jantung saya. Ada dua pembuluh darah tersumbat, kata pakar jantung itu. Satu daripadanya agak teruk. Saluran darah itu diselaputi plak lemak kolesterol yang tebal.
“Anything can happen anytime with this kind of blockage,” kata Dr. Eugene.
Rawatan paling sesuai untuk saya ialah prosedur angioplasty dan stenting. Kaedah ini mengguna rerelung dawai logam yang akan dimasuk ke dalam dua pembuluh darah tersumbat di jantung saya. Rerelung dawai logam itu akan dikembangkan dengan belon khas yang dimasukkan bersamanya ke dalam saluran darah dan stent akan menghimpit plak lemak ke dinding pembuluh darah. Jika prosedur ini berjaya, bahagian tersumbat akan terbuka semula.
Kos rawatan yang juga dikenali sebagai PTCA itu memakan belanja lebih RM20,000. Dr. Eugene minta Zainal uruskan bayaran deposit di kaunter pendaftaran. Dia jadualkan rawatan saya dibuat pukul 4:30 petang hari itu juga. Saya tidak dibenarkan makan apa-apa sementara menunggu masa masuk ke bilik OT.
Masa berjalan begitu pantas. Zainal menghubungi ibu saya dan ahli keluarga mana yang dapat. Sebaik saja diberitahu, mereka datang menjenguk saya di wad. Saya melayan perasaan sendiri. Berbalik-balik terfikir soal mati. Bayangan wajah arwah ayah, Haji Zubir, bermain-main di ruang mata, berselang-seli dengan wajah arwah adik saya, Mazby.
“Mak, tolong doakan saya.”
Air mata saya jatuh berjujusan ketika membalas pelukan emak. Kemudian saya didakap Alum. Zainal dalam kesibukan hari itu, sempat menjemput dia dari asrama di MOZAC. Alum mencium pipi saya sambil berpesan supaya saya bertenang dan bersabar. Saya mengusap kepala anak tunggal kesayangan saya itu.
“Apa lagi yang boleh Mak buat, anakku sayang, selain mencekalkan hati ini dan berserah bulat-bulat kepada Allah,” bisik hati kecil saya.
Akhir sekali Zainal mengucup dahi saya agak lama. “Abang doakan Ela,” bisiknya.
Ketika katil saya ditolak petugas hospital keluar wad, Zainal dan Alum serta kaum keluarga ikut menghantar saya ke bilik pembedahan. Sebelah tangan saya erat digenggam Zainal. Yang sebelah lagi digenggam Alum. Kedua-dua genggaman itu hanya mereka lepaskan ketika katil saya hendak disorong masuk ke bilik OT. Saya memberi lambaian terakhir kepada suami dan anak saya sebelum pintu bilik itu dirapatkan.
“Selamat tinggal sayangku! Selamat tinggal buah hatiku! Panjang umur kita berjumpa lagi,” bisik hati kecil saya.
Bersambung…
